Dadah & Kampung Che Zainal

prevent-drugsGejala penyalahgunaan dadah amat berleluasa sekali.Baik dari kalangan anggota masyarakat awam hingga ke institusi yang seharusnya menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Sebagai satu contoh yang terjadi dikampung penulis sendiri.Kampung Che Zainal Chemor Perak.Ia antara penempatan awal sekitar daerah Ulu Kinta. Sekarang nama kampung ini telah berjaya melonjak ke carta kedua kategori ‘Black Area’dan cukup sinonim dengan kes dadah yang seterusnya membawa kepada penyakit pecah rumah,mencuri besi pagar rumah,kabel elektrik hinggalah skru basikal.Boleh dikatakan hampir 98% rumah dikampung ini telah merasai pengalaman pecah rumah dan kecurian barangan luar rumah.

Kecekapan dan keahlian para pemecah dan penyangak dikawasan tersebut boleh dianggap bertaraf ‘profesional’. Bayangkan seekor pencuri dapat memboloskan diri dicelah besi jeriji tingkap rumah! Golongan ini juga mampu menangkap dalam ertikata menculik ayam-ayam orang kampung mereka sendiri tanpa menimbulkan bunyi bising!Emm.. senyap-senyap ular sawa mengintai ayam,sekampung juga tahu.

Terdapat juga dalam sejarah kepimpinan kampung ini ketua yang kurang bertanggungjawab dan boleh dikatakan tidak berperasaan.Pabila anak qariah melaporkan kecurian atau pecah rumah, ketua kampung jenis tidak berperasaan ini akan berkata dengan muka malas terima aduan;

“Alaaa.. mane ade orang pecah rumah kampung kite ni.. Ai, rumah saye takde apa-apa pun..Saje je depa dok heboh-heboh tu..”

Wah, Hebat sekali!Semoga rumahnye dikopak pencurik 100x!!

Bila mangsa membuat report dibalai polis,mereka sekadar mengambil report sahaja,kemudian menutup buku.

“Maaf, kami tidak cukup kakitangan encik”

Bila ditanya tidak bolehkah menangkap kepala pengedar dadah dikawasan tersebut.Jawab mereka sambil lewa.

“Kami sedang usahakan”

Bila ditanya bagaimana bekalan dadah sewenang-wenangnya dapat diedarkan tanpa sebarang tangkapan.Ini adalah mustahil bagi pihak polis yang dianggap amat cekap menangani kes-kes berat dan berprofil tinggi.

“Kami sedang melatakkan umpan dan dibawah pemerhatian”

Bila ditanya dengan sedikit tekanan  oleh sebilangan mamat ‘gedebe’ mereka akan jawab;

“Memang kami ada memberi sedikit umpan (dadah) untuk imbuhan maklumat polis kepada budak-budak supaya mereka dapat membawa kami kepada ‘Bapak Barang”

Masalahnya ia sudah berlangsung berapa lama untuk membawa kepada ‘Bapak Barang’.Adakah menunggu keuntungan hasil jualan umpan itu mencecah ratusan juta ringgit?!

Hikayat diatas adalah hasil maklumat dan kesengsaraan orang Kampung Che Zainal Chemor Perak.Mereka masih tetap menunggu hasilnya dan juga menanggung risiko harta benda.Rasanya tidak lama lagi akan ada kes bunuh orang pula.Emm masa tu semua orang dari setiap jabatan akan tunjuk muka bekerjasama dan bertanggungjawab sambil mencari publisiti.

Pada waktu petang rakan-rakan penulis akan bermain bola tampar bersama dengan anggota Polis Chemor.Kesihatan amat penting agar keselamatan akan terjamin bermutu tinggi.

googled7b3dbb09eb4a242.html

Rokok Dalam Hidup Yahudi

smokeDi Israel, merokok adalah di haramkan dan dilarang sekerasnya, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan dan penyelidikan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes,  ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi ysng cacat otak (lembab).
Menurut penulis ini kajian yang telah dibuat, dalam teks beliau,
“Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi lembap, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta,dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma USD$0.70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universititerdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali.

Nota: Ini selitan dari penulis asal.

Adakah
mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.”
Lagi dalam teks beliau,

“Merokok menjanjikan generasi yg lembap (otak) dan sudah tentu gen lembap akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? USD$7!!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji (?) sekali sikap pemerintah Singapore, dan seperti Israel ianya begitu dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Walaubagaimana pun pada pendapat saya, merokok juga menjejaskan kesihatan, boleh menyebabkan masalah kardio, boleh menyebabkan kanser paru2 pada si perokok, dan yang menghidunya. Oleh itu langkah kerajaan..untuk menaikkan harga rokok sekotak boleh menjadikan kempen anti-rokok itu lebih berkesan.

sumber : blog mahkota herba

Babi Yahudi Kristian & Islam

pig-chair-color1Kitab Suci Al-Quran yang diturunkan kepada Ummat Islam melalui perutusan Jibril memerintahkan supaya Ummat ini menjauhikan perkara-perkara yang kotor dan menjijikkan seperti dalam firmanNya yang berbunyi;

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Terjemahan Al-Quran Surah:6.Al-An’am Ayat 145)

Babi juga dilarang dalam agama Yahudi. Dikalangan penganut Kristian, kelompok Seventh-day Adventists turut mengelakkan babi, dan makanan lain menurut agama Yahudi. Larangan ini terdapat dalam Book of Leviticus, Chapter 11, Verse 7& 8:

“Jangan makan babi. Binatang itu haram, karena walaupun kukunya terbelah, ia tidak memamah biak. Dagingnya tak boleh dimakan, bangkainya tak boleh disentuh.”

Peringatan : Agama Yahudi dan Kristian adalah agama yang benar suatu ketika dahulu,namun setelah datangnya pesuruh dan utusan terakhir,Muhammad s.a.w semua syariat agama terdahulu dibatalkan (seluruh agama nabi-nabi datang atas dasar tauhid-mengesakan tuhan yang satu). Ini adalah salah satu contoh dan bukti bahawa agama Yahudi dan Nasrani masih mempunyai syariat asal yang kekal hingga kehari ini, namun kebanyakan dan hampir keseluruhan syariat agama -agama tersebut sudah diubah dan di putar belit oleh cerdik pandai agama mereka agar dapat diselearaskan dengan kehendak nafsu dan kemajuan. Sekelumit dari kebenaran yang sudah terlalu kabur dan usang itu biasanya tersimpan disisi golongan pengganut mazhab aliran orthodok. Dan mereka adalah golongan yang sering ditindas dan didikriminasikan baik dalam agama Nasrani (Kristian)mahupun Yahudi.

Babi Dari Sudut Sains

Babi dari segi genetik mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir serupa dengan manusia. Oleh itu kebanyakan ujian perubatan biasanya dijalankan keatas babi sebelum ia diuji pada manusia. Malah jantung babi pernah digunakan bagi menggantikan jantung manusia yang sakit teruk, sementara menantikan mendapat penderma yang sesuai.

Disebabkan babi mempunyai genetik yang hampir menyerupai manusia, terdapat kemungkinan berlaku penularan penyakit antara spesies (cross spesies). Sekiranya ini berlaku, wabak teruk mungkin berlaku kerana ketiadaan ketahanan badan bagi penyakit baru.

Sebagai contoh, wabak virus Nipah telah menimbulkan dua pilihan, menghapuskan manusia yang berhampiran Babi, atau menghapuskan babi yang berhampiran manusia. Hasilnya, kesemua ternakan Babi yang terdapat dalam kawasan tersebut dihapuskan sama sekali bagi menjamin keselamatan manusia sekeliling.

Babi juga merupakan hos bagi cacing pita yang turut menjadikan manusia sebagai hos kedua. Daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, mampu menyebarkan telur cacing pita kepada manusia. Selain itu, penjagaan kebersihan yang tidak sempurna semasa penyembelihan babi, membolehkan cacing pita merebak.

Babi Dan Alam Sekitar

Babi diketahui sebagai inang dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, termasuk sebagai inang berkembangnya virus H5N1virus flu burung yang sangat berbahaya, kemudian babi menularkannya kepada manusia. Selain itu sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya, menyebabkan ia haiwan yang sangat kotor[1].

Perladangan moden babi boleh didapati di seluruh Eropah dan berkembang ke Asia seperti Indonesia, Malaysia dan Jepun. Najis babi yang dilepaskan (seperti New Zealand) dikenal pasti sebagai menyebabkan kerosakan yang amat teruk kepada alam sekitar. Di Australia, para bijak pandai saintis memberi amaran babi-babi yang mengancam peladang dan alam sekitar. Pakar di Queensland mengatakan populasi babi yang tidak terkawal menyebabkan kerosakan tak terkata terhadap tanaman dan mengancam hidupan liar. Terdapat 23 juta babi di Australia yang bermaksud lebih babi dari penduduk Australia.

sumber : wikipedia

Babi & Kemurkaan Tuhan

pig

Virus babi atau ‘Swine Flu’ mengemparkan dunia dan menyebabkan puluhon kurban kematian di Mexico.Tidakkah none-muslim melihat ia sebagai SIMBOL kebijakan dan kesempurnaan agama Islam?

1400 lampau babi sudah diharamkan secara TOTAL samada memakannya atau memakainya.

Wahai orang-orang kafir (none muslim-KAFIR bukan panggilan penghinaan seperti tangapan sesetengah pihak,tetapi ia adalah panggilan tuhan kepada hamba-hambanya yang tidak mahu mengakui ketuhananNya),aku ingin beritahu kepada anda semua bahawa jika anda dijangkiti virus tersebut ambillah 6 gelas air bersih (mutlaq) dan segelas air campuran tanah suci dan minumlah serta telanlah ketujuh-tujuh gelas air tersebut tidak kira mana satupun dari gelas-gelas air itu yang anda dahulukan! Insyallah, Dialah Tuhan yang sebenar-benarnya akan menyembuhkan dan membersihkan perut kamu yang sudah bersarang terlalu banyak ekor babi didalam perut anda itu..

Tubuh badan babi menjadi sarang segala jenis kuman dan bakteria ganas.Ia hidup dalam kandang yang bernajis,tidur dan bergumul dengan najis dan lebih najis lagi ialah ia memakan najis.Namun bukan kerana itu orang Islam tidak mahu menyentuhnya sekalipun,ia adalah kerana kita sebagai hambaNya hanya menuruti dan mentaati segala titah suruh tegahNya semata-mata.

Azab dan malapetaka itu adalah dari sebab tangan-tangan kamu sendiri.Ya, none-muslims teutamanya diMalaysia ini sebahagiannya bersikap lebih menjijikkan dari binatang itu dengan mencelakakan kaum muslimin.Mereka menipu kita,memperdaya dan bersikap khianat dengan memasukkan bahan-bahan dari haiwan terharam itu kedalam makanan dan minuman kita dan anak-anak kita.Ah, begitu juga pakaian kita juga tidak terlepas.Mereka akan ketawa berdekad-dekad apabila melihat kita memegang dengan secara tidak sengaja atau memakan minum ‘benda’ itu secara tidak sengaja dan cuai, sesuai dengan sikap Segelintir ummat Melayu Islam yang terlalu memandang ringan isu HALAL HARAM ini.

“Alaaa. kan ade logo halal JAKIM tu.. Nak ape lagi” (Ingat, bukan semua logo JAKIM itu sah dan dan asli!)

“Emm.. kalau itu tak boleh ini tak boleh, habis kita nak makan ape ustaz? Makan lesung batu,senduk kuali?”

“Kita kira DHARURAT le kalau cam tu kan.. Boleh le bedal makanan-makanan tu”

Aku ucapkan tahniah kepada anda yang berkelakuan dan bersikap tidak ambil pusing halal haram begitu.Tidak takutkah anda tuhan menimpakan anda azab siksanya seperti contohnya anda terpilih menjadi salah seorang yang tertimpa VIRUS BABI @ SWINE FLU itu??!

Kasihan kepada sibabi itu.. Mengapa dan apakah salahnya hingga orang Islam membencinya begitu sekali sampai pandang pun tak mahu?

Ku jawab.. Siapa kata salah binatang comel itu? Tidak ada salah mahupun silapnya terhadap orang Islam.Andaikata wahai saudara kafirku  bahawa babi itu tuhan tukar sifat dan kejadiannya menjadi manusia biasa, nescaya kami adalah bangsa manusia yang mula-mula akan memeluknya sebagai saudara seAdam.

Malangnya ia sudah ditaqdir tuhan menjadi spesis itu maka  terpaksalah kita menjauhinya kerana perintah Tuhan tidak berlaku atas logika dan kedangkalan aqal manusiawi kita ini.Ada hikmah yang hanya tuhan sahaja yang Amat Mengetahuinya.

Dan wahai saudaraku yang kafir percayalah, VIRUS BABI  ini adalah sehabuk dari HIKMAH dari tegahanNya itu.

Dan wahai saudara seagamaku yaqinilah firmanNya yang datang atas lidah Rasul dan Jibril berbunyi ;

“Dan sesungguhnya kami telah jadikan (penghuni) bagi neraka Jahannam itu ramai daripada kalangan jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak cuba memahami dengannya,mereka mempunyai mata namun tidak mereka ‘melihat’ dengannya dan mereka mempunyai telinga tidak mereka ‘mendengar’ dengannya, adalah (taraf,sikap,darjat) mereka itu seperti binatang ternak bahkan lebih sesat ( rendah,hina dan bodoh) dari itu..”

“Pada tahun 2008 yang berlaku di sebuah hospital di Washington,Amerika Syarikat,sekumpulan doktor pakar yang sedang melakukan pembedahan membuang tumor otak pesakit wanita berasa amat terkejut selepas mereka mendapati terdapat seekor cacing yang keluar bersama dengan tumor lebihan dari pesakit itu.Pesakit yang merupakan warga Amerika Syarikat yang berasal dari Arizona,Rosemary Alvarez menjalani pembedahan membuang tumor otak selepas mengalami kesakitan pada tangan dan penglihatannya menjadi kabur.

Selepas melakukan ujian imbasan X-Ray,doktor pakar memutuskan untuk melakukan kerja-kerja pembedahan tetapi terkejut selepas mendapati seekor cacing telah berjaya menembusi otak Alvarez.Para doktor juga berpendapat kehadiran cacing itu, besar kemungkinan adalah disebabkan oleh kesan daripada makan daging babi yang tidak masak dan banyak atau mungkin disebabkan oleh sebaran kotoran dari individu yang tidak mencuci tangan selepas memegang najis dan selepas menggunakan tandas. Alavarez yang dijangka pulih sepenuhnya selepas pembedahan itu berharap agar orang ramai akan mengambil iktibar dari pengalamannya itu”

sumber : Kosmo! Sabtu 22 Nov 2008

_______________________

Baca Info Wabak Nipah ( JE – Japanese Encephalitis)

Baca Wabak Jangkit Kepada Manusia

Baca Daging Babi

Zionisme Dalam Pemikiran Melayu

 

Hishamudin R. | Jan. 22,09  6.20pm

Sewaktu saya menulis artikel ini, Kuala Terengganu telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Ketika saya menulis, warga Palestin di Gaza masih lagi digodam. Ketika saya menulis, masih ramai lagi warganegara kita ini kurang faham tentang apakah itu Zionisme.

Zionisme ini satu pandangan politik. Zionisme bukan orang Yahudi tetapi pengasas Zionisme memang seorang Yahudi. Hari ini Zionisme bukan lagi milik eksklusif orang Yahudi. Zionisme yang wujud dan sedang menggodam rakyat Palestin ini majoritinya didukung hebat oleh individu dan kumpulan yang bukan Yahudi.

Agama Yahudi ialah Judaism. Kitab suci agama ini adalah Torah. Rumah sembahyang penganut agama ini dipanggil synagogue. Kepala agama mereka dipanggil rabbai. Maklumat ini mungkin semua telah diketahui umum.

Wajib juga diketahui bahawa ramai orang Yahudi sendiri yang menentang Zionisme. Di Isreal sendiri ada kumpulan penganut Judaisme yang menentang keras fahaman Zionisme. Mereka menolak masuknya fahaman Zionisme ini ke Palestin.  

Untuk kumpulan ini, mereka percaya bahawa fahaman atau ideologi Zionisme telah membawa porak-peranda dan kesengsaraan terhadap orang-orang Yahudi di seluruh dunia dan juga kesengsaraan yang tidak terhingga kepada warga Palestin.

Kumpulan ini bernama Neturei Karta – mereka ini pada 2006 telah datang ke Iran atas jemputan Ahmadinejad, presiden Iran. Neturei Karta bersama rakyat dunia telah mengutuk negara yang dipanggil Israel. 

Neturei Karta adalah kumpulan Yahudi yang menyokong perjuangan adil rakyat Palestin. Mereka juga menentang Zionisme bermatian-matian.

Perkembangan ini menjadi satu bukti bahawa Zionisme bukan ajaran Judaisme. Zionisme adalah falsafah yang menggunakan agama sebagai jubah untuk mengabui mata penganut agama Judaisme.

Ramai pemikir dan intelektual Yahudi yang unggul dalam ilmu pengetahuan dan falsafah juga menentang fahaman Zionisme. Noam Chomsky seorang daripada mereka. Susuk intelektual ini adalah suara Yahudi yang paling lantang menentang keganasan Israel. 

Albert Einstein ahli sains yang menemui teori e=mc2 seorang lagi Yahudi yang anti-Zionisme.  

Di Israel sendiri, ramai orang Yahudi-Israel yang menentang fahaman tersebut. Mordechai Vanunu adalah contoh terbaik warga Isreal yang menentang Zionisme.  

Susuk ini telah membocorkan kepada dunia tentang senjata nuklear Israel yang kini tersimpan secara rashia di padang pasir Negev. Vanunu diperangkap dan diculik dari London untuk dibawa pulang keIsrael.

Kerana membocorkan rashia ‘bom nukelar’ Israel dan memberi amaran kepada dunia tentang bahayanya Zionisme, Vanunu telah dipenjara selama 20 tahun sejak 1986. Selama 18 tahun Vanunu dikurung bersendirian. Apabila dibebaskan, Vanunu terus ditahan lagi. Hingga ke hari ini Vanunu tidak boleh keluar meninggalkan Israel.

Pada ketika saya menulis ini, berpuluh-puluh anak muda Israel yang sedang dipenjara kerana tidak mahu mengangkat senjata membunuh warga Arab Palestin. Juga terdapat beratus-ratus anak muda dan warga Israel telah lari meninggalkan negara itu kerana menentang perang dan keganasan daulahIsrael.  

Semua ini bukti bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis. Bukan semua Yahudi menyokong Israel.

Saya mengulangi ini kerana saya perhatikan terlalu ramai warga Malaysia menganggap konflik Palestin-Israel sebagai konflik agama, terutama di kalangan Melayu. Pandangan ini salah. Konflik di Palestin bukan konflik agama. Konflik ini konflik hak milik bumi tanah Palestin. Ia lahir kerana bumi Palestin telah dirampas oleh penganut fahaman Zionisme untuk mendirikan apa yang kini dipanggilIsrael.

Konflik di Gaza, Tebing Barat, Jenin, Hebron – umumnya konflik Arab-Israel – bukan konflik antara penganut Islam dengan penganut Yahudi.

Wajib diketahui ada hampir 10 peratus warga Palestin beragama Kristian. Hanan Ashrawi perempuan yang pada 1980-an sering kita dengar namanya kerana memulakan rundingan damai Palestin-Israel ialah seorang Kristian. Edward Said intelektual bertaraf dunia itu seorang Kristian.

George Habaash pemimpin Popular Front for Liberation of Palestine beragama Kristian. Kristian di Palestin adalah Kristian yang berasal-usul dari susur galur pengikut Isa kerana nabi itu dilahirkan diNazareth, Palestin.

Betul, agama dilihat memainkan peranan penting tetapi yang diperjuangkan ialah menuntut kembali bumi Palestin yang telah dirompak dan dirampas oleh penganut Zionisme. Tanah air Palestin yang telah dirampas ini melahirkan nasionalisme Palestin.  
Semangat nasionalisme inilah yang membolehkan rakyat Palestin terus berjuang bermati-matian menentang bala tentera yang terbesar di Timur Tengah.

Kita wajib memahami dengan lebih mendalam tentang apa itu Zionisme. Fahaman ini percaya kepada satu bangsa – Yahudi. Hanya bangsa Yahudi sahaja yang terpilih. Yahudi sahaja yang ada hak keistemewaan di Israel. 

Bangsa-bangsa lain diangggap bangsa kelas kedua. Agama orang lain salah. Kitab suci agama mereka sahaja yang betul. Kitab suci agama lain dianggap menyeleweng. Hanya agama mereka sahaja yang dipilih oleh Yang Maha Esa. Justeru, di sini jelas bahawa Zionisme ialah satu fahaman rasis.

Apa yang kita lihat di Gaza dan Tebing Barat hari ini adalah manifestasi daripada fahaman ini. Keganasan yang wujud di Palestin adalah hasil daripada falsafah rasis Zionisme. Merompak tanah-tanah warga Palestin, menghalau mereka keluar dari tanah air mereka juga manifestasi dari fahaman rasis ini.

Kita dikatakan hanya dapat memberikan bantuan ubatan-ubatan, wang ringgit, makanan atau menerima warga Palestin datang ke negara kita untuk belajar atau menetap. Semua ini betul. Semua ini amat-amat dihargai. Semua ini adalah kerja baik yang wajib diteruskan.  

Tetapi saya menolak pandangan yang mengatakan bahawa kita tidak dapat membuat apa-apa lagi untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin. Pasti ada lebih daripada ini yang dapat kita sama-sama lakukan.

Pada hari ini bukan susah untuk kita memahami bahawa pendukung unggul fahaman Zionisme danIsrael ialah Amerika Syarikat. Ini bukan kerana adanya Yahudi di New York atau California. Zionisme wujud kukuh di Amerika kerana kepentingan ekonomi Amerika pada ketika ini berjalan selari dengan kepentingan Zionisme dan Israel.

Bukan sahaja Zionis Israel mendapat sokongan kuat dari Amerika, malah Kesatuan Eropah – Perancis, Jerman, Itali – semuanya menyokong Israel. Ini bukan kerana mereka cintakan Yahudi atau benci kepada Palestin – TIDAK. Mereka menyokong Israel kerana kepentingan ekonomi mereka.

Ekonomilah yang menjadi asas kepada fahaman Zionisme ini. Pemodal–pemodal global melihat bahawa Zionisme dapat membantu mereka meneruskan dan mengembangkan modal mereka. Kaum pemodal antarabangsa melihat fahaman Zionisme ini sedang memberikan keuntungan melimpah ruah.

Industri persenjataan dunia bergantung kepada perang. Dengan wujudnya perang atau konflik yang berkemungkinan membawa perang adalah cuaca dan suasana yang amat baik untuk pembuat dan peniaga senjata antarabangsa.  

Israel yang sedang memporakperandakan Timur Tengah adalah pemangkin perang.

Lihat bagaimana Amerika menjual dan membekal senjata kepada Isreal – ia menakut-nakutkan negara-negara Arab. Suasana takut ini memberi peluang kepada Amerika untuk menjual senjata kepada MesirJordan dan Arab Saudi.

Negara-negara ini tidak ada bezanya dengan Zionis Israel. Mereka tidak berani secara terbuka menyatakan sokongan kepada Israel – takut kepada rakyat mereka sendiri. Tetapi perangai dan tingkah laku terhadap warga mereka tidak jauh berbeza daripada apa yang sedang dilakukan olehIsrael terhadap warga Palestin.

Apabila kita telah memahami semua ini, saya rasa kita akan dapat melakuan lebih daripada apa yang sedang kita lakukan hari ini. Ada satu perkara yang dapat kita lakukan bersama yang pasti akan memberikan tamparan maut kepada Zionisme. Pekara ini ialah menentang sifat dan fahaman Zionisme di mana sahaja ia muncul dan bertapak.

Zionisme pada ketika ini bukan lagi bergerak di Israel atau di Palestin sahaja. Zionisme telah menjadi fahaman yang meluas dan telah melintasi sempadan Israel. Jika sesiapa memiliki ciri-ciri fahaman rasis yang telah dinyatakan tadi bermakna mereka juga pendukung Zionisme. Zionisme ialah kezaliman.

Di sini ingin saya nyatakan bahawa kita tidak perlu ke Palestin untuk menentang kezaliman. Apa yang perlu kita lakukan ialah menentang kezaliman dan kejahatan di mana sahaja ia berada, termasuk dalam negara kita sendiri. Zionisme tidak memiliki sempadan.

Sumber :   Baca Selanjutnya

Kabinet Antara Islam & Kafir

 

Agama anak: Kabinet mesti rujuk mufti

Apr 24, 09 4:35pm

Keputusan kabinet semalam – anak kekal agama asal ibu bapanya walaupun salah seorang menganut Islam – sewajarnya dirujuk kepada mufti, kata Datuk Seri Harussani Zakaria.

Mufti Perak menyarankan kerajaan mendapatkan pandangan Majlis Mufti-mufti Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan berhubung Islam bagi mengelak timbulnya kekeliruan, laporBernama.

“Dalam agama Islam, mana-mana bapa atau ibu yang menganuti Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak tersebut sudah berumur lebih 15 tahun dan boleh memilih agamanya sendiri,” Harussani dipetik berkata hari ini.

Ketika mengumumkan keputusan kabinet, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan itu sebagai langkah penyelesaian berhubung pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa menukar agama.

Menurut agensi berita itu lagi, beberapa NGO Islam turut menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan itu kerana mendakwa ia dibuat tanpa mengambil kira undang-undang sedia ada dan pandangan pihak-pihak yang berkenaan.

Keputusan itu menafikan hak pihak yang memeluk Islam, kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abdul Latif pada sidang akhbar yang turut dihadiri wakil-wakil badan lain termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Dakwah dan Kebajikan Saudara Baru Islam SeMalaysia.

Selain keputusan membesarkan anak di bawah umur mengikut agama asal ibu bapanya, kabinet juga memutuskan pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil.

Nazri dilaporkan berkata, langkah itu selaras dengan pendirian jemaah menteri bahawa enakmen syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.

Tambahnya, keputusan itu berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam; Menteri di JPM Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Sumber : Blog Manjanik

Natijah Dari Artikel Diatas ;

  1. Anak yang tersangkut dibawah enakmen tersebut akan dihukum sebagai kafir sedangkan Islam menghukum anak tersebut adalah beragama Islam
  2. Kabinet sudah melanggar perlembagaan Islam.Sebagai sebuah negara yang agama rasminya adalah agama Islam
  3. Sudah menghampiri setapak demi setapak kearah negara Kamal Attarturk sepenuhnya dengan keputusan memindahkan kes dan isu perceraian dan hak penjagaan anak dari mahkamah Syariah ke Mahkamah Sivil

3  Soalan Mudah Untuk Kita Renung Dan Jawab Sendiri;

  1. Dimana suara Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama negeri dan Duli Yang Mulia Agong sebagai Ketua Agama Negara
  2. Apakah hukum keatas rakyat Islam Malaysia dalam membela dan menegakkan agama dan setiap cabangnya dimuka bumi ini?
  3. Adakah aqidah kita boleh rosak dan batal dengan menyokong atau berdiam tanpa sebarang perbincangan mahupun tindakan terhadap keputusan kabinet tersebut?

Sila Renung Dan Jawab Sendiri Dengan Hati Bersih Dan Cintakan Agama Islam.

Kanak-Kanak Rentung

fire22Kita dengar dalam berita terbaru minggu ini,sebuah rumah terbakar dan beberapa kanak-kanak yang ditinggalkan ibunya hangus dan rentung terbakar! Kemana pergi  sang ibu? Pergi ber’shoping’kah? Jolly kah?Wah, tanyalah pemberita yang membacakan berita tempuh hari kemana menghilangnya sang ibu ketika kejadian yang menyayatkan hati itu berlaku?

Tentu sekali si pembaca berita akan segera mencari semula teks berita dan membacakan untuk anda sambil membeliakkan mata.Emm.. bunyinya begini..

” Si ibu pergi membasuh kain di lombong terbiar..”

Mengapa ibu tersebut cari lombong untuk membasuh pakaian? Kenapa tak guna mesin basuh sahaja dan tidak perlulah pergi jauh-jauh.. Wahai si Dungu, apakah ertinya semua itu? Itu ertinya si ibu itu sangat miskin dan melarat yang amat sangat sampai terpaksa membasuh pakaian mereka anak beranak dilombong terbiar!!

Err.. dikawasan mana kejadian tragis itu berlaku? Susah sangatkah hendak menghulur seratus dua untuk golongan seperti mereka?

“Taiping..”

emm..Yang berpolitik sibuk diParlimen berdebat tak habis-habis orang kampung hangus terbakar!

Saluran TV Malaysia Runtuh

flower

Perasankah anda wahai rakyat Malaysia bahawa rancangan-rancangan di negara tercinta ini kebelakakangan nampaknya semakin runtuh dan meruntuhkan?!

Lihat sahaja rancangan Movie dan Drama luar negeri sudah semakin tidak mengindahkan akhlaq Islam,moral dan etika perkhidmatan dengan menayangkan adegan-adegan  ‘panas’ di kaca TV.Kita bincang setiap hari dimana sahaja tentang kerosakan akhlaq dan kesopansantunan rakyat Malaysia dan ia menjadi issue nasional khususnya dikalangan bangsa Melayu. Wah! Adegan panas dan lucah seperti ‘Austin Power’ dan lain-lain dengan bangganya ditayangkan untuk tuntunan umum,tidak kira peringkat umur! Laknat apakah yang menimpa bangsa dan agama Islam?!

Ingat tak dahulu jika ada saluran TV tidak menapis tayangan, mereka akan ditegur oleh para ibubapa dan individu yang prihatin didalam akhbar-akhbar atau medium lain.Namun kini suara-suara prihatin dan cintakan kebersihan nurani itu sudah tidak kedengaran atau sudah disekat dari memasuki minda bangsa dan rakyat Malaysia.Maka dengan bangga dan seronoknya pihak pengurusan TV kita menyediakan cereka-cereka dan drama serta movie yang panas tanpa ditapis!!? Lihat sahajalah saban hari dan minggu , anak-anak kita akan dihidangkan segala macam jenis hiburan dan tayang gambar yang menghairahkan!! Betapa celakanya mereka yang tidak bertangungjawab itu!!

Mari sama-sama kita jerit dan laungkan ‘TAPIS,TAPIS dan TAPIS’!! kepada Menteri Penerangan dan pihak yang bertangungjawab disana.

Mari sama-sama kita doakan agar tuhan tidak memberkati hidup mereka yang bertangungjawab dan apabila sudah ditegur dan sedar tetapi tidak mahu mengubah kejelekan dan kelucahan melampau yang ditayangkan..!

Apa pendapat anda sebagai ibubapa? Sebagai guru? Sebagai Ulamak? Sebagai insan yang beragama Islam? Dan sebagai makhluq tuhan yang beraqal??!

TV8? Ah, aku tak kisah sangat.. TV3 ? emm aku tau le itu TV komersial..  TV2 ? Ini le saluran yang sekarang ni da mula menggatal menayangkan adegan tak bertapis.Eh, bukan ke tv tu saluran anak bangsa Melayu?? Dulu kalau ada adegan bercium cepat-cepat dipotong,tapi sekarang akan ditayang terus tanpa potong .. kalau bercium  5 minit sekalipun ‘Insyallah’ akan ditayangkan..

Eh bukan apa-apa, cuma sanggupkah kita melihat anak bangsa kita jadi lebih teruk lagi hingga kita takut nanti apabila kita sendiri yang terpaksa menanggung malu dan aib dalam rumah kita sendiri!

Ah, aku menangisi nasib bangsaku kerana aku mencintai mereka..

Politik Adalah Najis?

iNSANePernahkah satu saat dimana politik dapat menyemai kasih sayang sesama insan khususnya saudara seIslam? Pernahkah politik membanggakan waktu barang sesaat dengan meletakkan ummat Islam dalam penyatuan? Pernahkah politik menghilangkan pencabulan dalam menunaikan hak-hak asasi agama Islam dan mengi’tiraf keberadaan hukum Tuhan sebagai yang terbaik? Pernahkah politik menjernih hati insan dari kebencian dan kedengkian? Pernahkah kita mendengar dari puluhan ribu ungkapan dari lidah seorang Nabi pun yang menyebut perkataan POLITIK?

POLITIK ADA DALAM ISLAM?

Akan Datang Hukum Kenajisannya!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.