Siksa Orang Melayu

Hiburan melampau!

Terlalu banyak program realiti remaja masa kini yang menjerumus para remaja dan masyarakat kepada kepada hiburan dan enjoy.Remaja-remaja terdiri dari segenap lapisan masyarakat khususnya kaum Melayu.Dari anak buruh binaan hinggalah ke anak menteri,dari anak orang jahil hinggalah ke anak ustaz dan imam.Semua kita termasuk golongan ibubapa dan penjaga turut tumpang sekaki menikmati hiburan terutamanya dalam bidang hiburan nyanyian yang sedang panas masa kini.

Jika anak yang menyertai pertandingan nyanyian tidak dapat maju kepentas akhir,kita akan dapat lihat senario syahdu akan timbul mendadak,tanpa segan silu mereka akan mengalirkan air mata kerana artis pilihan tersingkir dari pertandingan.

Pernahkah ibubapa dan penjaga jenis itu menangisi akan anak-anak mereka yang tidak pandai membaca Al-Quran? Adakah mereka akan menangis kerana anak-anak tidak mengerjakan sembahyang 5 waktu yang wajib keatas setiap orang Islam?Adakah mereka akan menangis apabila mereka melihat anak-anak orang Islam menjerit-jerit dan terkinja-kinja  diatas pentas menari-nari dengan perempuan-perempuan seksi? Tidakkah terfikir oleh kita,tidakkah dapat kita bayangkan apa yang akan terjadi jika dalam keadaan terkinja-kinja menari-nari tiba-tiba malaikat maut mencabut nyawa kita yang sedang seronok menikmati konsert dan program realiti itu? Atau anak-anak itu sendiri yang keajalan sebelum sempat bertaubat?

Satu sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja balasannya kita akan merana dan menderita dibakar oleh api neraka Jahannam selama 1 Huqub.Sabda Nabi s.a.w;

“1 Huqub bersamaan dengan lapan puluh tahun diakhirat” dan satu hari diakirat bersamaan 1000 tahun didunia ..!

Dimana sensitiviti Ummat Islam? Jika beginilah kita tanpa niat perjuangan dan pembaikan serta da’wah,maka tunggulah kita untuk menerima azab dan siksaan dariNya.Hari ini azab telah berada bersama-sama kita dalam bentuk;

“ketenteraman awam terancam,musim yang tidak menentu,perpecahan sesama kaum muslimin kerana najis politik,ekonomi merudum,harga barang naik,keselamatan diri terancam,kes ragut,bunuh,rempit,haruan makan anak,remaja dan gejala najis dadah,anak-anak Melayu dan keruntuhan sosial,penindasan rumah tangga hingga kepucuk pimpinan,rasuah berleluasa,perebutan kuasa dan banyak lagi bentuk-bentuk azab yang tertimpa ummat Islam dinegara tercinta ini,Malaysia”

Tanah tergadai,anak tergadai,maruah tergadai dan segala macam tergadai kerana kita sendiri menggadai agama Allah dan membelakangkan kebenaran serta hak agama.

Azab bagi kita bukan dalam bentuk peperangan yang mengancam nyawa dan keamanan seperti yang berlaku dinegeri-negeri Islam yang lain,tapi bagi negara ini,azab tuhan datang dalam bentuk seperti contohnya kita kehilangan rasa aman terhadap harta benda dan keluarga hatta walaupun kita berada dirumah sendiri.

Kembalilah wahai sayangku kepada kehidupan suci murni Rasulullah dengan memelihara segala ketaatan kita dan mengikuti seluruh sunnah nabiNya.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.