Zakat Bah. 6


Soalan 21 : Adakah wang tabung dan KWSP mesti dikeluarkan zakat?

Jawab : Wajib dikeluarkan zakat.

Soalan 22 : Adakah wang saham wajib dikeluarkan zakat?
Jawab : Ya, wajib apabila cukup tahun dan nisabnya.

Soalan 23 : Adakah wang khairat kematian yang terkumpul wajib dikeluarkan zakat?
Jawab : Tidak wajib kerana bukan milik perseorangan tertentu dan bukan milik sempurna.

Soalan 24 :Bolehkah diberi zakat kepada individu miskin atau faqir yang tidak bersembahyang atau atau fasiq?
Jawab : Boleh diberikan dan sah zakat dengan menaruh sangkaan bahawa dia akan berubah.Jika kita merasa yakin bahawa dia tidak akan berubah, maka haram beri zakat.

Contoh ‘Miskin’ : Pendapatan sehari Pak Ali  RM 10  dan ia mencukupi sebagai ‘kais pagi makan pagi kais petang makan petang’.(Samada Pak Ali mempunyai pekerjaan atau tidak)

Contoh ‘Faqir’ : Pendapatan sehari Pak Abu RM 10 tetapi tidak mencukupi kerana keperluan hariannya dan tanggungannya berjumlah RM 11 keatas, maka dia tergolong sebagai faqir. (Samada pendapatannya terhasil dari kerjanya  atau sumber lain)

Zakat Bah. 5

Soalan 16 : Adakah bertentangan dengan hukum jika zakat dikeluarkan oleh Baitul Mal hanya kepada satu asnaf sahaja?

Jawab : Berdasarkan kitab Ia’nah at-Tholibin, wajib keatas imam ketika mengeluarkan zakat 4 perkara;

1.Memberi kepada semua asnaf
2.Memberi kadar yang sama kepada setiap asnaf
3.Memberi kepada tiap-tiap seorang dari asnaf
4.memberi kadar yang sama kepada tiap-tiap seorang dari asnaf iaitu jika bersamaan hajatnya

Soalan 17 : Wajibkah zakat atas wang simpanan KWSP atau EPF yang cukup haul an nisab?
Jawab : Ya wajib manakala sudah boleh diterima atau dikeluarkan oleh penyimpan

Soalan 18 : Ustaz, adakah wajib wang simpanan dalam bank di zakatkan?
Jawab : Ya, wajib sekiranya cukup setahun dan nisabnya (wang faedah tidak boleh dicampur sama sekali dengan perkiraan wang simpanan atau digunakan sebagai pembayaran zakat)

Soalan 19 : Bilakah mula dikira ‘Haul’ untuk zakat wang simpanan?
Jawab : Mula dari tarikh simpanan cukup nisabnya hingga cukup setahun hijrah.

Soalan 20 : Haruskah dibayar zakat padi/fitrah dengan wang?
Jawab : 
  1. Harus dibayar zakat padi dengan wang
  2. Harus dibayar zakat fitrah dengan wang dengan bertaqlid kepada mazhab Hanafi

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.