Soalan 7 : Adakah harus dibayar elaun hadir dan kos tambang ke mesyuarat zakat kepada Qadhi-qadhi,pegawai-pegawai daerah,siak dan ahli lembaga zakat yang lain dengan menggunakan wang zakat?
Jawab : Ya, harus digunakan wang zakat untuk tujuan tersebut tetapi wang zakat mesti dari bahagian khas yang telah diperuntukkan dalam syariat Islam untuk para a’mil iaitu ‘Sahm ul A’mil’.
Soalan 8 : Ustaz,bolehkah zakat dibayar untuk pembinaan waqaf masjid atau sekolah agama untuk ceramah-ceramah agama?
Jawab : Tidak sah zakat begitu kerana perkara-perkara atau benda tersebut tidak termasuk dibawah asnaf-asnaf yang lapan.
Soalan 9 : Syarat-syarat menjadi A’mil
Jawab : Jika seseorang itu mempunyai pengetahuan fiqah berkenaan urusan zakat,maka sudah memadai baginya menjadi amil.
Soalan 10 : Zakat Dari Orang Cina
Jawab : Jika petani menjual bahagian padi yang dikeluarkan untuk zakat kepada orang bukan Islam,kemudian disuruh amil pergi mengambil harga jualan tadi dari orang bukan Islam itu sebagai zakatnya, maka itu tidak sah.