Soalan 11 : Bagaimana zakat syarikat dikeluarkan?
Jawab : Syarikat wajib mengeluarkan zakat perniagaan bagi ahli-ahli syarikat yang berupa saham-saham modal ahli serta keuntungan jika cukup nisab dan haulnya (cukup setahun)
Soalan 12 : Ustaz,jika dinegeri saya sudah tidak wujud asnaf-asnaf yang lapan,kemanakah saya berikan zakat saya?
Jawab : Kepada orang yang berhak (asnaf) di negeri yang paling hampir(jiran) dengan negeri anda.
Soalan 13 : Sohkah kita berikan zakat kepada orang yang kita tahu wang zakat itu akan disalah gunakan kejalan munkar?
Jawab : Sah jika seseorang itu termasuk asnaf tetapi Haram.
Soalan 14 : Bolehkah bayar zakat wang kita kepada ibubapa sebagai ganti nafqah atas mereka?
Jawab : Tak sah dan ia jadi nafqah semata-mata
Soalan 15 : Ustaz, syarikat saya bercampur pekerja muslim dan none muslim,jadi bagaiman cara menunaikan ibadat zakat dalam hal ini?
Jawab : Wajib keluarkan zakat untuk pekerja muslim sahaja bila cukup nisab dan haulnya