Soalan 16 : Adakah bertentangan dengan hukum jika zakat dikeluarkan oleh Baitul Mal hanya kepada satu asnaf sahaja?
Jawab : Berdasarkan kitab Ia’nah at-Tholibin, wajib keatas imam ketika mengeluarkan zakat 4 perkara;
1.Memberi kepada semua asnaf
2.Memberi kadar yang sama kepada setiap asnaf
3.Memberi kepada tiap-tiap seorang dari asnaf
4.memberi kadar yang sama kepada tiap-tiap seorang dari asnaf iaitu jika bersamaan hajatnya
Soalan 17 : Wajibkah zakat atas wang simpanan KWSP atau EPF yang cukup haul an nisab?
Jawab : Ya wajib manakala sudah boleh diterima atau dikeluarkan oleh penyimpan
Soalan 18 : Ustaz, adakah wajib wang simpanan dalam bank di zakatkan?
Jawab : Ya, wajib sekiranya cukup setahun dan nisabnya (wang faedah tidak boleh dicampur sama sekali dengan perkiraan wang simpanan atau digunakan sebagai pembayaran zakat)
Soalan 19 : Bilakah mula dikira ‘Haul’ untuk zakat wang simpanan?
Jawab : Mula dari tarikh simpanan cukup nisabnya hingga cukup setahun hijrah.
Soalan 20 : Haruskah dibayar zakat padi/fitrah dengan wang?
Jawab :
- Harus dibayar zakat padi dengan wang
- Harus dibayar zakat fitrah dengan wang dengan bertaqlid kepada mazhab Hanafi