Perang Gagak & Burung Hantu : Chapter 2

crow-series-ivChapter 2

Awan didada langit berombak kencang.Raja burung hantu menjengok keluar sambil memerhati persekitaran gua tempat tinggal seluruh rakyat burung hantu walaupun menyedari daya penglihatannya amat terhad diwaktu siang.

Sebenarnya raja burung hantu dan rakyatnya menaruh perasaaan benci dan dendam kesumat yang mendalam terhadap koloni gagak.Begitu juga sebaliknya perasaan yang sama berlegar-legar didada bangsa gagak dan raja mereka terhadap bangsa bulu hitam itu sejak sekian lama.

Rupa-rupanya pada hari tersebut,raja burung hantu sudah pun menyiapkan satu plan pembantaian  yang akan dijalankan menjelang waktu tengah malam bersama bala tenteranya.Ya,satu operasi  berjudul kebinatangan yang diberi nama ‘Ops. Hapus Etnik’

“ Emm.nampaknya malam ini akan bersinar dalam sejarah bangsa burung hantu sebagai malam kemenangan.. owl,owl,owl..” bisik raja burung hantu sambil tertawa mengerikan..

Gelap mula berarak keperut malam.Rakyat gagak seperti biasa pulang petang dengan beban keletihan mencari rezki, hinggap didahan-dahan pohon kayu tua sambil bersorak-sorakkan,bertepuk-tepuk sayap dan sempat juga menikmati sedikit perhubungan cinta kasih sesama mereka.Ya,apalah ertinya kesenangan tanpa mencinta dan dicintai.

Tanpa disedari,mereka sedang melewati malam tersebut dibawah bayang maut dan kehancuran.Iris-iris mata burung hantu mula mengembang disimbah gelap malam,menandakan penglihatan mereka berada dalam kondisi terbaik untuk memulakan pembantai keatas bangsa gagak.

Ah,suara nyaring gagak-gagak  sudah hilang ditelan sunyi malam,Cuma sesekali kedengaran suara-suara sumbang gagak dicelah-celah pohon besar itu mengganggu konsentrasi peninjau pihak burung hantu.

Hikayat:Perang Gagak & Burung Hantu

owlPerang Gagak Dan Burung Hantu

_____________________

Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa.Langit pula seolah-olah tersenyum memandang dedaunan ditampar bayu.Sebatang pohon kayu besar yang berusia ribuan tahun tersergam gah dipuncak sebuah bukit menjadi sarang seribu ekor gagak.

.Adalah sudah menjadi lumrah kehidupan,kecenderungan kearah kelemahan dan kemunduran akan menjelma sekiranya hikmah  tidak diberi ruang untuk berada dimeja hadapan.Maka atas alasan tersebut, masyarakat gagak telah mengangkat salah seekor dari mereka menjadi pemimpin dengan gelaran Sang Khadam Mulia.Dia yang dianugrah gelaran itu dianggap mempunyai jiwa teguh dan cukup bijaksana untuk menerajui dan memerdekakan  bangsa gagak dari cengkaman kejahilan dan ketidak tamadunan.

Berhampiran pohon besar tersebut, terdapat juga sebuah gua yang didiami oleh seribu ekor burung hantu.Mereka juga dengan alasan yang selirik dengan bangsa gagak telah mengangkat salah seekor dari masyarakat mereka sebagai pemimpin dengan gelaran SangKhadam Tertinggi.Seorang yang diharap akan sentiasa berhemah dan selalu mampu mengeimbangi keadaan bangsa dengan ketegasan dan keterbukaan.

Bagi kedua-dua bangsa ini, mereka melihat keberkesanan sebuah pimpinan datang dari beberapa dimensi keutamaan;

Pertama,Dimensi Intelektual.Ia adalah aspek terpenting dalam memahami dan mengolah bahasa-bahasa ketamadunan dan isyarat-isyarat ilmiah yang sedia ada mahupun yang terus berkembang.Ketersusunan alam  juga bakal menjadi intipati kesedaran dan mampu meningkatkan nilai-nilai  ‘kekhadaman’ sekiranya ia diapit dengan dimensi-dimensi yang seterusnya.

Kedua,Dimensi Mistikal.Aspek luar dari  daerah rasional -bagi pengamal ego- yang amat penting bagi mengekalkan keterikatan nafsu – yang sememangnya dikenali sebagai ‘enjoy- relatif’ – pada dogma-dogma keagamaan dan menaturalkan nafsu menguasai.

Ketiga.Dimensi Sosial.Ertinya bagaimana bucu-bucu keagamaan, persaudaraan,kebenaran dan keberanian dapat dicantum menjadi sebuah tiang toleransi kemanusiaan yang utuh dan mampu menyokong ketegakan rumah praktik sosial bagi melahir dan melindungi  peradaban  dari kehadiran jelmaan kudis-kudis korupsi.

****************

Bagi bangsa gagak mahupun burung hantu,mereka mengetahui bangsa-bangsa lain yang lebih tinggi dari mereka juga tidak beranggapan bahawa dunia memerlukan sejarah dengan tema yang berbeda-beda, samada ia digarap dari pentas ideology ataupun metodologi.Setiap bangsa begitu dambakan kesamarataan tema yang ingin dicipta,namun dalam pada itu tidak pula cuba memisahkan kekayaan,kuasa dan pusat gagasan(akal) dari bisikan-bisikan nafsu kegilaan dan kebinatangan  yang menyerakahi dan mengiblisi saraf-saraf keimanan dan mata hati.

Maka kerana itu,keiblisan yang diumpat itu harus dihancurkan dengan diberi minum sharbat kebijaksanaan,ketaatan dan pengorbanan dari gelas keikhlasan bagi mengurniakan sang sejarah sebuah tema teragong!

*************

Ya,segala-gala bermula,tumbuh dan lahir dari gelas itu!

Bila ditanya  “Dimana kita dapatkan gelas mulia yang berisi cecair ajaib ini?”

Kata olehmu “ Ia berada di tangan Hikmah, jika kalian sudi membasuh jiwa dengan niat pembaikan dan kesungguhan, kalian akan mendapatnya secara terhormat!”

to be continued..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.