Zakat Bah. 1



Soalan 1 : Saya hendak tanya status perolehan atau hasil dari mana-mana sektor yang menerima perlaburan dari wang atau harta zakat.


Jawab : Hasil atau perolehan yang dilabur dalam sebarang sektor samada pertanian perniagaan perindustrian dan sebagainya  menggunakan wang zakat adalah tidak harus diguna atau diambil melainkan diberi kepada golongan asnaf asal.Contohnya seperti wang zakat yang dilaburkan diambil dari bahagian asnaf ‘miskin’, maka perolehan perlaburan tersebut harus dikembalikan kepada asnaf miskin semula.

Soalan 2 : Adakah seorang itu dikira telah menunaikan kewajipan zakatnye dengan membayar wang cukai pendapatan /pembangunan yang dibayar kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri dengan diniatkan pembayaran tersebut sebagai zakat bagi wang simpanannye?

Jawab : Tidak sah.(Adalah lebih baik cukai itu dialih untuk membayar zakat kerana harta itu akan sampai kepada orang-orang Islam sebaliknya cukai akan sampai kepada orang bukan Islam)


Soalan 3 : Ustaz, berapakah kadar nisab zakat perniagaan dan jenis perniagaan apakah yang dikenakan zakat?


Jawab : 
1. Nisab zakat bagi barang-barang perniagaan adalah dinilaikan dengan dengan kadar emas 25 mayam (2.7108). Zakatnya adalah 1/4 dari 1/10 = (25%)
2. Jenis perniagaan yang wajib dikeluarkan zakat adalah sebarang perniagaan harta benda selain dari emas dan perak.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.