Soalan 4 : Ustaz, jika seorang menerima zakat yang banyak ( contoh; terima 20 guni padi setahun), maka adakah dia harus mengeluarkan zakat atas zakat yang diterimanye itu?
Jawab : Tidak ada zakat atas wang zakat.
Soalan 5 : Lepaskah kewajipan membayar zakat jika kita membayar zakat kepada amil untuk diri amil sendiri?
Jawab :
1. Tidak sah dan tidak gugur kewajipan atas kita kerana amil yang dilantik tidak boleh menerima zakat untuk dirinya sendiri secara berasingan (ini kerana peruntukan amil sedia ada) samada terima dari kawasan kutipannya atau kawasan lain.
2. Seseorang itu hanya boleh menerima zakat atas nama satu asnaf sahaja walaupun dia tergolong dalam asnaf-asnaf yang berlainan pada satu-satu masa.
Soalan 6 : Ustaz, sekiranya kita mempunyai simpanan yang tidak diusik,adakah kita mesti membayar zakat tiap-tiap tahun bagi simpanan itu?
Jawab : Ya, wajib bila cukup setahun (haul) dan kadar simpanan masih kekal pada nisab yang mesti seseorang itu mengeluarkan zakat. (contohnya jika tidak diusik selama 3 tahun maka zakat harus dikeluarkan setiap cukup setahun bagi 3 tahun tersebut)