Dadah & Kampung Che Zainal

prevent-drugsGejala penyalahgunaan dadah amat berleluasa sekali.Baik dari kalangan anggota masyarakat awam hingga ke institusi yang seharusnya menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Sebagai satu contoh yang terjadi dikampung penulis sendiri.Kampung Che Zainal Chemor Perak.Ia antara penempatan awal sekitar daerah Ulu Kinta. Sekarang nama kampung ini telah berjaya melonjak ke carta kedua kategori ‘Black Area’dan cukup sinonim dengan kes dadah yang seterusnya membawa kepada penyakit pecah rumah,mencuri besi pagar rumah,kabel elektrik hinggalah skru basikal.Boleh dikatakan hampir 98% rumah dikampung ini telah merasai pengalaman pecah rumah dan kecurian barangan luar rumah.

Kecekapan dan keahlian para pemecah dan penyangak dikawasan tersebut boleh dianggap bertaraf ‘profesional’. Bayangkan seekor pencuri dapat memboloskan diri dicelah besi jeriji tingkap rumah! Golongan ini juga mampu menangkap dalam ertikata menculik ayam-ayam orang kampung mereka sendiri tanpa menimbulkan bunyi bising!Emm.. senyap-senyap ular sawa mengintai ayam,sekampung juga tahu.

Terdapat juga dalam sejarah kepimpinan kampung ini ketua yang kurang bertanggungjawab dan boleh dikatakan tidak berperasaan.Pabila anak qariah melaporkan kecurian atau pecah rumah, ketua kampung jenis tidak berperasaan ini akan berkata dengan muka malas terima aduan;

“Alaaa.. mane ade orang pecah rumah kampung kite ni.. Ai, rumah saye takde apa-apa pun..Saje je depa dok heboh-heboh tu..”

Wah, Hebat sekali!Semoga rumahnye dikopak pencurik 100x!!

Bila mangsa membuat report dibalai polis,mereka sekadar mengambil report sahaja,kemudian menutup buku.

“Maaf, kami tidak cukup kakitangan encik”

Bila ditanya tidak bolehkah menangkap kepala pengedar dadah dikawasan tersebut.Jawab mereka sambil lewa.

“Kami sedang usahakan”

Bila ditanya bagaimana bekalan dadah sewenang-wenangnya dapat diedarkan tanpa sebarang tangkapan.Ini adalah mustahil bagi pihak polis yang dianggap amat cekap menangani kes-kes berat dan berprofil tinggi.

“Kami sedang melatakkan umpan dan dibawah pemerhatian”

Bila ditanya dengan sedikit tekanan  oleh sebilangan mamat ‘gedebe’ mereka akan jawab;

“Memang kami ada memberi sedikit umpan (dadah) untuk imbuhan maklumat polis kepada budak-budak supaya mereka dapat membawa kami kepada ‘Bapak Barang”

Masalahnya ia sudah berlangsung berapa lama untuk membawa kepada ‘Bapak Barang’.Adakah menunggu keuntungan hasil jualan umpan itu mencecah ratusan juta ringgit?!

Hikayat diatas adalah hasil maklumat dan kesengsaraan orang Kampung Che Zainal Chemor Perak.Mereka masih tetap menunggu hasilnya dan juga menanggung risiko harta benda.Rasanya tidak lama lagi akan ada kes bunuh orang pula.Emm masa tu semua orang dari setiap jabatan akan tunjuk muka bekerjasama dan bertanggungjawab sambil mencari publisiti.

Pada waktu petang rakan-rakan penulis akan bermain bola tampar bersama dengan anggota Polis Chemor.Kesihatan amat penting agar keselamatan akan terjamin bermutu tinggi.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.