Hikayat:Perang Gagak & Burung Hantu

owlPerang Gagak Dan Burung Hantu

_____________________

Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa.Langit pula seolah-olah tersenyum memandang dedaunan ditampar bayu.Sebatang pohon kayu besar yang berusia ribuan tahun tersergam gah dipuncak sebuah bukit menjadi sarang seribu ekor gagak.

.Adalah sudah menjadi lumrah kehidupan,kecenderungan kearah kelemahan dan kemunduran akan menjelma sekiranya hikmah  tidak diberi ruang untuk berada dimeja hadapan.Maka atas alasan tersebut, masyarakat gagak telah mengangkat salah seekor dari mereka menjadi pemimpin dengan gelaran Sang Khadam Mulia.Dia yang dianugrah gelaran itu dianggap mempunyai jiwa teguh dan cukup bijaksana untuk menerajui dan memerdekakan  bangsa gagak dari cengkaman kejahilan dan ketidak tamadunan.

Berhampiran pohon besar tersebut, terdapat juga sebuah gua yang didiami oleh seribu ekor burung hantu.Mereka juga dengan alasan yang selirik dengan bangsa gagak telah mengangkat salah seekor dari masyarakat mereka sebagai pemimpin dengan gelaran SangKhadam Tertinggi.Seorang yang diharap akan sentiasa berhemah dan selalu mampu mengeimbangi keadaan bangsa dengan ketegasan dan keterbukaan.

Bagi kedua-dua bangsa ini, mereka melihat keberkesanan sebuah pimpinan datang dari beberapa dimensi keutamaan;

Pertama,Dimensi Intelektual.Ia adalah aspek terpenting dalam memahami dan mengolah bahasa-bahasa ketamadunan dan isyarat-isyarat ilmiah yang sedia ada mahupun yang terus berkembang.Ketersusunan alam  juga bakal menjadi intipati kesedaran dan mampu meningkatkan nilai-nilai  ‘kekhadaman’ sekiranya ia diapit dengan dimensi-dimensi yang seterusnya.

Kedua,Dimensi Mistikal.Aspek luar dari  daerah rasional -bagi pengamal ego- yang amat penting bagi mengekalkan keterikatan nafsu – yang sememangnya dikenali sebagai ‘enjoy- relatif’ – pada dogma-dogma keagamaan dan menaturalkan nafsu menguasai.

Ketiga.Dimensi Sosial.Ertinya bagaimana bucu-bucu keagamaan, persaudaraan,kebenaran dan keberanian dapat dicantum menjadi sebuah tiang toleransi kemanusiaan yang utuh dan mampu menyokong ketegakan rumah praktik sosial bagi melahir dan melindungi  peradaban  dari kehadiran jelmaan kudis-kudis korupsi.

****************

Bagi bangsa gagak mahupun burung hantu,mereka mengetahui bangsa-bangsa lain yang lebih tinggi dari mereka juga tidak beranggapan bahawa dunia memerlukan sejarah dengan tema yang berbeda-beda, samada ia digarap dari pentas ideology ataupun metodologi.Setiap bangsa begitu dambakan kesamarataan tema yang ingin dicipta,namun dalam pada itu tidak pula cuba memisahkan kekayaan,kuasa dan pusat gagasan(akal) dari bisikan-bisikan nafsu kegilaan dan kebinatangan  yang menyerakahi dan mengiblisi saraf-saraf keimanan dan mata hati.

Maka kerana itu,keiblisan yang diumpat itu harus dihancurkan dengan diberi minum sharbat kebijaksanaan,ketaatan dan pengorbanan dari gelas keikhlasan bagi mengurniakan sang sejarah sebuah tema teragong!

*************

Ya,segala-gala bermula,tumbuh dan lahir dari gelas itu!

Bila ditanya  “Dimana kita dapatkan gelas mulia yang berisi cecair ajaib ini?”

Kata olehmu “ Ia berada di tangan Hikmah, jika kalian sudi membasuh jiwa dengan niat pembaikan dan kesungguhan, kalian akan mendapatnya secara terhormat!”

to be continued..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.