Babi Yahudi Kristian & Islam

pig-chair-color1Kitab Suci Al-Quran yang diturunkan kepada Ummat Islam melalui perutusan Jibril memerintahkan supaya Ummat ini menjauhikan perkara-perkara yang kotor dan menjijikkan seperti dalam firmanNya yang berbunyi;

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Terjemahan Al-Quran Surah:6.Al-An’am Ayat 145)

Babi juga dilarang dalam agama Yahudi. Dikalangan penganut Kristian, kelompok Seventh-day Adventists turut mengelakkan babi, dan makanan lain menurut agama Yahudi. Larangan ini terdapat dalam Book of Leviticus, Chapter 11, Verse 7& 8:

“Jangan makan babi. Binatang itu haram, karena walaupun kukunya terbelah, ia tidak memamah biak. Dagingnya tak boleh dimakan, bangkainya tak boleh disentuh.”

Peringatan : Agama Yahudi dan Kristian adalah agama yang benar suatu ketika dahulu,namun setelah datangnya pesuruh dan utusan terakhir,Muhammad s.a.w semua syariat agama terdahulu dibatalkan (seluruh agama nabi-nabi datang atas dasar tauhid-mengesakan tuhan yang satu). Ini adalah salah satu contoh dan bukti bahawa agama Yahudi dan Nasrani masih mempunyai syariat asal yang kekal hingga kehari ini, namun kebanyakan dan hampir keseluruhan syariat agama -agama tersebut sudah diubah dan di putar belit oleh cerdik pandai agama mereka agar dapat diselearaskan dengan kehendak nafsu dan kemajuan. Sekelumit dari kebenaran yang sudah terlalu kabur dan usang itu biasanya tersimpan disisi golongan pengganut mazhab aliran orthodok. Dan mereka adalah golongan yang sering ditindas dan didikriminasikan baik dalam agama Nasrani (Kristian)mahupun Yahudi.

Babi Dari Sudut Sains

Babi dari segi genetik mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir serupa dengan manusia. Oleh itu kebanyakan ujian perubatan biasanya dijalankan keatas babi sebelum ia diuji pada manusia. Malah jantung babi pernah digunakan bagi menggantikan jantung manusia yang sakit teruk, sementara menantikan mendapat penderma yang sesuai.

Disebabkan babi mempunyai genetik yang hampir menyerupai manusia, terdapat kemungkinan berlaku penularan penyakit antara spesies (cross spesies). Sekiranya ini berlaku, wabak teruk mungkin berlaku kerana ketiadaan ketahanan badan bagi penyakit baru.

Sebagai contoh, wabak virus Nipah telah menimbulkan dua pilihan, menghapuskan manusia yang berhampiran Babi, atau menghapuskan babi yang berhampiran manusia. Hasilnya, kesemua ternakan Babi yang terdapat dalam kawasan tersebut dihapuskan sama sekali bagi menjamin keselamatan manusia sekeliling.

Babi juga merupakan hos bagi cacing pita yang turut menjadikan manusia sebagai hos kedua. Daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, mampu menyebarkan telur cacing pita kepada manusia. Selain itu, penjagaan kebersihan yang tidak sempurna semasa penyembelihan babi, membolehkan cacing pita merebak.

Babi Dan Alam Sekitar

Babi diketahui sebagai inang dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, termasuk sebagai inang berkembangnya virus H5N1virus flu burung yang sangat berbahaya, kemudian babi menularkannya kepada manusia. Selain itu sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya, menyebabkan ia haiwan yang sangat kotor[1].

Perladangan moden babi boleh didapati di seluruh Eropah dan berkembang ke Asia seperti Indonesia, Malaysia dan Jepun. Najis babi yang dilepaskan (seperti New Zealand) dikenal pasti sebagai menyebabkan kerosakan yang amat teruk kepada alam sekitar. Di Australia, para bijak pandai saintis memberi amaran babi-babi yang mengancam peladang dan alam sekitar. Pakar di Queensland mengatakan populasi babi yang tidak terkawal menyebabkan kerosakan tak terkata terhadap tanaman dan mengancam hidupan liar. Terdapat 23 juta babi di Australia yang bermaksud lebih babi dari penduduk Australia.

sumber : wikipedia

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.